Di suatu senja yang sepi, aku bersiap-siap untuk ke masjid untuk solat berjamaah. Aku menyarung uniform biasa iaitu baju melayu, kain pelikat dan kopiah putih. Sebaik menyarung selipar, aku pun melangkah keluar rumah. Di saat aku menunggu lif (rumah aku tingkat 10), sempat aku merenung ke panorama senja yang kian kelam sepi. Sayup kedengaran laungan azan mula berkumandang jauh.
"Cis, aku dah lambat!" Getus ku sendiri.
Seminggu kemudian lif pun tiba. Ok, tak lah seminggu. 2 minit je. Aku segera melangkah masuk sebelum pintu lif tertutup secara automatik. Hanya aku sorang diri di dalam perut lif yang perlahan-lahan bergerak ke bawah. Fikiran aku melayang. Terbayanglah wajah kekasih lama, ayam goreng dan Ultramen yang sedang berlawan. Sambil-sambil tu aku bersiul lagu 'Wind of Change' namun sedikit 'out-of-tune'.
Aku merenung kosong monitor level di bucu atas kanan pintu lif.
Tingkat 9. Tingkat 8. Tingkat 7. Tingkat 6. Tingkat...
"GONG!!!" Ini bukanlah bunyi gong yang dipalu pasukan Cak Lempong sekolah tetapi bunyi gemuruh lif tersangkut. Seperti biasa, aku jadi panik. Bukan picnic. Tapi panik. Peluh dingin mula terbit di dahi dan tempat-tempat tertentu. Dengan tangkas jariku menekan punat 'OPEN'. Namun tiada respon. Lif seakan kereta habis minyak tersadai di tengah lebuhraya. Aku mula beristighfar seperti istighfar itu yang terakhir.
Seminit kemudian lif kembali bernyawa. Monitor level menunjukkan aku di level 20. LEVEL 20??? "Whaddafart?" Aku mencarut sendirian. Fikiranku mula membayangkan yang bukan-bukan seperti wajah Rosmah tersenyum dan ucapan genius Zahid Hamidi. "Arrrh! Fikiranku!!! TIDAKKKK!!!"
Tempat kejadian - Bukan nama sebenar
Tiba-tiba pintu lif terbuka. Aku terkejut melihat hanya separuh sahaja alam dunia. Separuh lagi adalah alam bunian!!! Acah je. Separuh lagi adalah bahagian dalam lif yang gelap.
"Benda ni buat hal pulak dahhhhhhh!" bentakku geram.
Beberapa detik kemudian pintu lif tertutup dan kembali menjunam laju ke bawah. Jantung aku berdetak seperti genderang mau perang. Aku tak tahu aku di tingkat berapa. Aku juga takut kalau tiba-tiba lif ni akan berhenti terus dan meninggalkan aku seorang diri, terpisah dari dunia luar buat selama-lamanya. Dan yang paling menakutkan, seperti yang pernah dilapor akhbar tabloid iaitu insiden KABEL LIF TERPUTUS dan mengirimkan aku 'direct' ke alam barzakh. Aku tak nak mati!
Aku tak nak mati sebelum mencapai cita-citaku menjadi artis Hollywood. Malah banyak lagi impianku yang belum tercapai seperti menjelajah seluruh dunia, bermain muzik di hadapan khalayak ramai, malah bertemu cinta dengan gadis idaman yang entah wujud entah tidak. Semua impian dan harapan itu berlegar di fikiranku bagai filem tak siap. Serta-merta hati aku jadi sebak. Selama hari aku hidup ni, tak ada pun usaha yang aku buat untuk capai semua impian ni. Hanya sekadar impian. Tak lebih dari omongan kosong...
Tiba-tiba aku jadi redha. Aku pasrah, kalau aku mati dalam lif ni pun tak apalah. Lagipun aku on-the-way ke masjid. InsyaAllah, ini suatu pengakhiran yang baik. Aku pejam mata rapat-rapat dan tangan aku memegang dinding lif. Apa nak jadi, JADILAH!
Beberapa ketika, kedengaran gerabak lif berhenti. Pintu automatik terbuka. Ternyata aku berada di tingkat 5. Dengan tangkas aku melompat keluar (bayangkan orang pakai kain pelikat melompat keluar lif). Aku menghembus nafas lega sambil mengucapkan syukur. My life was spared, to DIE ANOTHER DAY.
Aku lalu merenung lif tersebut dari jauh dengan minda terakam jelas segala yang telah berlaku.
Dengan penuh keinsafan aku berkata;
"HARI NI AKU GUNA TANGGA."
-Tamat-
Terima kasih,
Miqa
P/S : So, apa pengalaman ngeri korang di dalam lif?

No comments:
Post a Comment