Hari minggu tiba. Sebagai seorang pelajar sekolah tingkatan lima, this is my chance to hang out with my girlfriend. Her name is Eija (Eija, if you read this, I'm so sorry and I wish you happy always). So, setelah bersiap-siap pakai perfume bagai, aku pun amik tren ke Mid Valley. Dalam hati rasa happy sangat, macam ada bunga dalam taman, siap rama-rama, beruang segala.
Tempat kejadian
Dulu aku nak keluar dating bukan senang. Terpaksa kumpul duit belanja sekolah. Makan pun kena bajet demi kumpul duit semata-mata untuk dating. Memang kelakar, tapi itulah pengorbanan demi cinta. Gahahahahaha! Eh, aku sorang je ke yang buat macam ni? Ko tak pernah? Jangan tipu!
To be honest, aku bukan seorang yang romantis, bukan seorang yang pandai menyusun kata-kata manis. I used to write poem about torment and death and I listen to heavy metal music everyday so you know what kind of boy I am (weirdo). Eija, I dont have much to say about her. Ringkasnya dia adalah gadis pertama yang secara tak rasminya sudi menyambut panggilan cinta monyet aku dan membuka peluang untuk aku jadi normal macam remaja-remaja yang lain. She is not perfect but she is my first love everrr. If I am Metallica, she is my 'Nothing Else Matters'.
Mencacah tatu pada kulit adalah haram sebab tak sah mandi wajib
Berbalik kepada cerita, aku pun melompat keluar dari tren sebaik tiba di Mid Valley. Punyelah bersemangat. Jalan pun dah macam samseng. Aku terus call Eija dan kitorang meet up tak lama kemudian.
Now here come the plot twist.
Baru sahaja beberapa minit jumpa dan berbual, Eija tiba-tiba MERAJUK. Aku yang sememangnya amatur dalam arena jiwang ni terus jadi nervous, tak tau nak buat apa. Aku cuba jugak pujuk, but she keeps avoiding me and she keep saying "JANGAN IKUT SAYA!" Dah la orang ramai tengok kat situ. Kalau aku terus kejar die nampak macam pencabul la pulak. Aku jadi serba salah.
Bila aku tengok die macam betul-betul tekad nak blah, so aku pun amik keputusan tinggalkan dia. Aku amik jalan lain. Aku berpeleseran di Mid Valley. Jalan tak tentu hala macam orang takde masa depan. Dalam hati aku ade rasa marah, rasa bersalah dan segala. Aku sentiasa lihat handphone, tapi dia langsung tak call atau sms.
Akhirnya aku masuk kedai muzik. Aku terus ke 'rock corner', nak tengok album baru ape dah keluar. BAMM! Slipknot keluar album baru! VOL 3 : Subliminal Verses. Aku punyelah excited baq hang. Aku teringat duit belanja yang aku kumpul untuk dating. Alang-alang tak kesampaian nak bertemu janji, let's put this money on a good use!
Sebaik beli album tu, aku keluar dengan rasa puas hati. Rasa macam dendam terbalas. Rasa macam dah berlaku curang, tapi takpe sebab dengan Slipknot. Aku meluru balik rumah sebab tak sabar nak layan album tu. Eija? Lantaklah. I cannot spend my entire lifetime chasing you. Haha.
Sampai rumah, on radio dan terus pasang kaset. Full volume baby!!!
I tell you what, it's the most amazing heavy music I ever heard in my entire life. This particular album is super good, that I totally have no regret leaving my girlfriend on her own in the middle of nowhere.
Totally WORTH IT!
Album Slipknot Vol 3 : Subliminal Verses ni bagi aku sangat unik sebab ia sangat berbeza dengan Slipknot yang aku kenal. Ia menjadi mercu perubahan muzikal mereka daripada laju, kasar dan kotor kepada dinamik, puitis dan dramatik. Antara kejutan dalam album ni ialah, Corey Taylor tak lagi mencarut dalam liriknya, banyak part gitar solo dan yang paling menarik, ada dua lagu ballad. Bayangkan, Slipknot yang ganas dan huru-hara tu perform lagu ballad! CRAZY!!! Ini adalah contoh album yang memaparkan kesungguhan sekumpulan artis menggembleng daya usaha demi menghasilkan produk yang maksimum kualiti. Selain album P.O.D. (Payable On Death), Slipknot Vol 3 : Subliminal Verses adalah album yang aku rasakan terbaik tahun tu (2004). Thanks Slipknot, you guys are the best!!!
Berbalik kepada Eija, you know my girlfriend as I mentioned earlier. Well, we make up later that night. She only scream on the phone twice and that's okay.
Rest In Peace
That's all. Thank you for reading.
Miqa.
P/S : Until this day, they are still my favourite band and Slipknot Vol 3 : Subliminal Verses are always on my mp3 player.





No comments:
Post a Comment