Sunday, 30 June 2013

Miqa's Top 5 Drummer

Holla. Miqa here. This is my top 5 favourite drummer.

Mukaddimah. Drum adalah instrumen yang yang super-penting dalam sesebuah band. Selain dari skill drumming yang super canggih, keupayaan seseorang drummer untuk menjaga tempo adalah lebih super utama (kenapa banyak sangat perkataan super ni?). Selain itu, sekiranya drummer tersebut berkemampuan untuk menulis lagu atau menyanyi, itu bonus point untuk mereka. I don't really know much about drumming, this is just my opinion and preference. (Last time I did MIQA Top 5 + 1 FAV Bass PlayerRead it here!)

Here we go.

No. 5 : Dave Grohl (Nirvana, Foo Fighter, Probot, Queens Of The Stone Age, Them Crook Vultures)



This guy is a legend. Beliau mungkin tak setanding dengan hero-hero drummer dalam kategori metal, tapi stamina beliau yang tinggi dan skil yang padu menjadikan sesebuah lagu yang dimainkan tampak padat dan heavy. Besides drum, Dave juga handal bermain gitar dan menyanyi. Beliau menulis dan memainkan semua instrumen dalam album pertama Foo Fighter. He even collborate with Sir Paul McCartney dan John Paul Jones on some project. Is there anything that this guy couldn't do. Pure genius! Kurt Cobain must be proud of him.

Lagu rujukan : Semua lagu Nirvana, My Hero, Everlong

No.4 : John Dolmayan (System Of A Down, Scars On Broadway)



He is one of a kind. His drumming style amazingly beautiful. Dari rentak heavy metal ke irama padang pasir, John Dolmayan ada resepi istimewa untuk semua. He improved a lot since SOAD first records. He wasn't afraid to applied hyper-blast technique on some track. Beliau adalah contoh drummer yang bekerja keras untuk mencapai tahap terbaik.

Lagu rujukan : Toxicity, Innervision, B.Y.O.B.

No. 3 : Joey Jordison (Slipknot, Murderdolls)



Joey adalah definisi bagi speed, stamina and madness! You know how much I love this guy. I already wrote an article about him. Read it here http://realmiqa.blogspot.com/2013/05/drummer-pujaan-hatiku.html.

Lagu rujukan : Only One, People = Shit, All Hope Is Gone

No. 2 : Lars Ulrich (Metallica)



Lars is not the world best drummer. But he is certainly the most influential one. Sumbangan beliau melalui band Metallica telah menjadi sumber rujukan ramai pemuzik selain membentuk dimensi baru bagi muzik metal moden. Beliau adalah perintis dari banyak aspek muzik metal malah tidak takut untuk bereksperimentasi walaupun dikritik hebat (St. Anger?). Skil permainan beliau yang inovatif telah membantu membentuk struktur dinamik yang menjadi trademark muzik Metallica. Beliau adalah kamus rujukan bagi drummer-drummer yang ingin mendalami muzik metal. When you done studying Lars, you can take off to your own preference.

Lagu rujukan : Creeping Death, Master Of Puppet, Battery, Dyers Eve

No. 1 : The Rev (Avenged Sevenfold, Pinkly Smooth)



This guy is the mad-genius behind AX7. He wrote a number of songs that can be consider among the best AX7's ouput, or maybe the best modern heavy metal product. His drumming is totally like a thunder; fast, strong and dynamic. Satu perkara yang buat aku kagum mengenai The Rev ialah beliau tidak terlalu show-off walaupun beliau punyai banyak skill-skill yang hebat. Beliau banyak bereksperimen dan tidak takut untuk slow-down bagi membolehkan 'essence' sesebuah lagu dapat disampaikan. Tapi sayang, usianya tidak panjang. R.I.P. And who replaced him after that? Non other than Mike Portnoy, the drum-monster! It take legend to replace legend.

Lagu rujukan : Eternal Rest, Burn It Down, Almost Easy

That's all.

Thanks.

Miqa

P/S : I dunno how to drumming.

Monday, 24 June 2013

Antara Aku, Dia dan Slipknot

Nama saya Miqa and this is a true story.

Hari minggu tiba. Sebagai seorang pelajar sekolah tingkatan lima, this is my chance to hang out with my girlfriend. Her name is Eija (Eija, if you read this, I'm so sorry and I wish you happy always). So, setelah bersiap-siap pakai perfume bagai, aku pun amik tren ke Mid Valley. Dalam hati rasa happy sangat, macam ada bunga dalam taman, siap rama-rama, beruang segala.


Tempat kejadian

Dulu aku nak keluar dating bukan senang. Terpaksa kumpul duit belanja sekolah. Makan pun kena bajet demi kumpul duit semata-mata untuk dating. Memang kelakar, tapi itulah pengorbanan demi cinta. Gahahahahaha! Eh, aku sorang je ke yang buat macam ni? Ko tak pernah? Jangan tipu!

To be honest, aku bukan seorang yang romantis, bukan seorang yang pandai menyusun kata-kata manis. I used to write poem about torment and death and I listen to heavy metal music everyday so you know what kind of boy I am (weirdo). Eija, I dont have much to say about her. Ringkasnya dia adalah gadis pertama yang secara tak rasminya sudi menyambut panggilan cinta monyet aku dan membuka peluang untuk aku jadi normal macam remaja-remaja yang lain. She is not perfect but she is my first love everrr. If I am Metallica, she is my 'Nothing Else Matters'.


Mencacah tatu pada kulit adalah haram sebab tak sah mandi wajib

Berbalik kepada cerita, aku pun melompat keluar dari tren sebaik tiba di Mid Valley. Punyelah bersemangat. Jalan pun dah macam samseng. Aku terus call Eija dan kitorang meet up tak lama kemudian.

Now here come the plot twist.

Baru sahaja beberapa minit jumpa dan berbual, Eija tiba-tiba MERAJUK. Aku yang sememangnya amatur dalam arena jiwang ni terus jadi nervous, tak tau nak buat apa. Aku cuba jugak pujuk, but she keeps avoiding me and she keep saying "JANGAN IKUT SAYA!" Dah la orang ramai tengok kat situ. Kalau aku terus kejar die nampak macam pencabul la pulak. Aku jadi serba salah.

Bila aku tengok die macam betul-betul tekad nak blah, so aku pun amik keputusan tinggalkan dia. Aku amik jalan lain. Aku berpeleseran di Mid Valley. Jalan tak tentu hala macam orang takde masa depan. Dalam hati aku ade rasa marah, rasa bersalah dan segala. Aku sentiasa lihat handphone, tapi dia langsung tak call atau sms.

Akhirnya aku masuk kedai muzik. Aku terus ke 'rock corner', nak tengok album baru ape dah keluar. BAMM! Slipknot keluar album baru! VOL 3 : Subliminal Verses. Aku punyelah excited baq hang. Aku teringat duit belanja yang aku kumpul untuk dating. Alang-alang tak kesampaian nak bertemu janji, let's put this money on a good use!



Sebaik beli album tu, aku keluar dengan rasa puas hati. Rasa macam dendam terbalas. Rasa macam dah berlaku curang, tapi takpe sebab dengan Slipknot. Aku meluru balik rumah sebab tak sabar nak layan album tu. Eija? Lantaklah. I cannot spend my entire lifetime chasing you. Haha. 

Sampai rumah, on radio dan terus pasang kaset. Full volume baby!!!

I tell you what, it's the most amazing heavy music I ever heard in my entire life. This particular album is super good, that I totally have no regret leaving my girlfriend on her own in the middle of nowhere.

Totally WORTH IT!

Album Slipknot Vol 3 : Subliminal Verses ni bagi aku sangat unik sebab ia sangat berbeza dengan Slipknot yang aku kenal. Ia menjadi mercu perubahan muzikal mereka daripada laju, kasar dan kotor kepada dinamik, puitis dan dramatik. Antara kejutan dalam album ni ialah, Corey Taylor tak lagi mencarut dalam liriknya, banyak part gitar solo dan yang paling menarik, ada dua lagu ballad. Bayangkan, Slipknot yang ganas dan huru-hara tu perform lagu ballad! CRAZY!!! Ini adalah contoh album yang memaparkan kesungguhan sekumpulan artis menggembleng daya usaha demi menghasilkan produk yang maksimum kualiti. Selain album P.O.D. (Payable On Death), Slipknot Vol 3 : Subliminal Verses adalah album yang aku rasakan terbaik tahun tu (2004). Thanks Slipknot, you guys are the best!!!

Berbalik kepada Eija, you know my girlfriend as I mentioned earlier. Well, we make up later that night. She only scream on the phone twice and that's okay. 


Rest In Peace

That's all. Thank you for reading.

Miqa.

P/S : Until this day, they are still my favourite band and Slipknot Vol 3 : Subliminal Verses are always on my mp3 player.

Wednesday, 19 June 2013

Pengalaman Menjadi Salesman

Hi, my name is Miqa. Lama kot tak update blog ni.

Tak ramai yang tahu bahawa aku pernah bekerja sebagai seorang jurujual selepas SPM dulu (salesman yang jual-jual barang kat kedai-kedai makan tu). Tak lama pun, cuma dua minggu je. Tapi pengalaman yang ditimba cukup berharga. I learn a lot of thing about interaction with people, marketing and business more than I did 5 years in school.


Bad hair, terrible smile. Perfect package as salesman

Ia bermula secara tak sengaja, iaitu dengan mengikut seorang kawan menghadiri satu job interview yang ditemui dari iklan di surat khabar. Masa mula-mula tu memang tak ada klu langsung berkenaan kerja yang ditawarkan. Juru interview, Mr. Chan (bos) bagi nasihat yang kerja ni memerlukan stamina, kesungguhan dan strategi, tapi tak jelaskan kerja apa yang sebenarnya  untuk dibuat.

Selepas diinterview, kami pun dibawa keluar dari ofis dan menuju ke Jalan Telawi, Bangsar. Kat situ barulah jelas bahawa job yang di'offer' adalah salesman! Mula-mula rasa tertipu dan berasa janggal. Tapi kami cekalkan hati dan terus follow dan observe salesman senior itu menjalankan tugas. Dari satu kedai ke satu kedai. Dari satu meja ke satu meja. Abang Adi (salesman senior) langsung tak berputus asa mencari pelanggan. Sesiapa pun yang ditemuinya pasti akan ditegur mesra sebelum memperkenalkan produk yang ingin dijual. Aku terus ikut Abang Adi sekali pun kawan aku yang sama-sama interview tadi dah cabut lari.

Aku teruja setiap kali melihat Abang Adi mendampingi pelanggannya. He is fearless, shameless and totally confident when talking to them. He doing it like the product he sell gonna save his customer 's life or help change the world for better (but really, it's a total shitty product). And each time he successfully sold his product, he celebrate it with a priceless smile upon his face.

Dipendekkan cerita, setelah berfikir separuh masak, aku pun bersetuju untuk join company berkenaan sebagai seorang jurujual. Esoknya aku pun datang bekerja dengan berbaju kemeja kemas, lengkap bertali leher seperti yang diarahkan. Abg Adi adalah mentor aku. Dia banyak beri tunjuk ajar dan tips-tips penting untuk memasarkan produk.

Antara tips-tips yang Abang Adi ajarkan ialah :
a. Sentiasa senyum walau apa pun terjadi.
b. Sentiasa senyum walau apa pun terjadi.
c. Sentiasa senyum walau apa pun terjadi.
d. Don't pre-judge customer.
e. Sentiasa berjalan dengan laju dan bersemangat.
f. Perlu yakin sepenuhnya dengan produk yang dijual.
g. Have fun!

Dan yang paling penting ialah, sentiasa senyum walau apa pun terjadi. Orang beli produk, senyum. Orang tak beli produk, senyum. Orang halau, senyum. Orang maki, senyum. Orang nak pukul senyum. Nak berak, senyum. Trust me, it's never an easy thing to do.

Aku masih ingat saat manis ketika aku berjaya menjual produk pertama ku. It feels like winning a lucky draw! Perasaan semakin melonjak seronok apabila pelanggan beli lebih dari satu produk. Selain menambah keuntungan, ia juga mengurangkan kuantiti barang yang aku perlu pikul kesana-kemari.

Macam-macam produk aku dah merasa jual. Dari buku cerita kanak-kanak, set alat tulis hinggalah ke barang mainan. Paling kelakar ialah mainan pistol buih. Waktu tu di depan restoran Nasi Kandar Pelita, Jalan Telawi. Abang Adi tugaskan aku menembak pistol buih di depan restoran sambil dia masuk untuk mendekati pelanggan. Ok, kerja mudah dan tak ada masalah. Sedang aku leka tembak-menembak, aku tak perasan yang buih-buih berkenaan terbang dan masuk ke dalam periuk kari mamak, sehinggalah mereka menegurku. Gahahahaha!!! How, the new recipe taste like???


Let's call it Bubble Curry TM

Ofis kami pula bertempat di Plaza Pantai. It's a small office actually. Tapi mereka ada ruang untuk akitiviti para pekerja. Setiap hari sebelum keluar ke site, kami akan berlatih antara satu sama lain. Kami berkongsi tips, bertukar-tukar pandangan dan saling memotivasikan diri. Mr. Chan juga tidak putus-putus memberikan motivasi dan kata-kata semangat. Kisah-kisah beliau ketika bekerja sebagai salesman (sebelum jadi bos) sedikit sebanyak memberikan inspirasi kepada kami yang baru nak bertatih.

Salah satu kesan sampingan selepas seharian meng'salesman'kan diri ialah, kau tak boleh berhenti dari menjadi salesman. Kau akan rasa macam sentiasa nak menegur orang. You become so freakishly friendly for no particular reason which is so funny and stupid sometimes.

Antara kenangan yang aku tak boleh lupa sewaktu kerja sebagai salesman ni ialah semasa bergiat di suatu lokasi di Bangsar, ketika tu waktu tengahari yang berbahang. Aku tak ada duit untuk minum dan kepenatan. Aku tak berjaya jual produk buku kanak-kanak yang aku pikul dari pagi sebab lokasi tu agak terpencil dan tak ramai orang. Seluk-seluk poket, aku jumpa beberapa keping duit syiling. Dengan girangnya aku pergi ke vending machine yang jual air mineral osmosis dan terus memasukkan duit. Aku tak tau yang mesin tu memerlukan aku menyediakan cawan atau botol untuk menadah air yang keluar. Apalagi, habis berhamburan ke lantai dengan air mineral osmosis tu. Aku yang dahaga, hanya mampu melihat dengn hampa.

Di saat aku mula melangkah hiba membawa hati yang lara, tiba-tiba ada seorang makcik tergesa-gesa ke arahku. Aku jadi hairan. Biasanya orang yang waras akan menjauhi aku. Tapi makcik ni berkejar padaku.

"Nasib baiklah mak cik jumpa kamu. Mak cik dah puas pusing satu bangunan ni cari kamu," ucap wanita lingkungan pertengahan tiga puluhan itu. Aku terpinga. Rupanya beliau nak membeli beberapa naskah produkku untuk kegunanaan anak beliau. Sebelum beliau melangkah pergi, beliau sempat mengatakan yang beliau bangga melihat anak muda sepertiku begitu gigih berusaha mencari rezeki. Ungkapan azimat yang sama sekali tak pernah ku terima dari sesiapa sebelum itu.

Jodoh aku tak panjang dengan kerier ni. Selepas dua minggu, sesuatu berlaku dan aku angkat kaki. Tak perlu ulas panjang fasal isu negatif, sebab pengalaman yang aku raih is PRICELESS. Throw me any product and I'll show you how I sell it on the street. WACCHA!

Wah, panjang juga aku taip kali ni ye. Haha.


Sorry for long post. Here pic of Miranda Kerr to make up for it

Thanks for reading it.

Miqa

P/S : Tahun lepas aku terserempak dengan Abang Adi. Beliau bekerja sebagai ejen syarikat guaman. He gave me his business card but i misplaced it. Hahaha.

Wednesday, 12 June 2013

Saya Semakin Gemuk

Nama saya Miqa dan saya semakin gemuk. There is nothing I can do about it. I eat too much because I am stress. I'm stress because I don't know what I'm stress about. It's so stressful!!!

Here is my real picture without no editing.

Tengok, gambar ni pun tak muat page

Ok, so would you excuse me, I have a lot of calories and fat I need to swallow.

Thanks,

Miqa

P/S : i'm not fat

Friday, 7 June 2013

Cat Steven dan The Beatles LIVE di KL!!!

Nama aku Miqa and here's my AWESOME story.

Pagi tu macam biase. Aku bangun tidur lambat sebab malam tadi tidur lewat. Aku hanya boleh bangun awal kalau masuk tidur pukul 10 malam. Lewat daripada tu, sure terbabas bangun pagi. Nasib baik aku ade sahabat yang sudi tumpangkan motor pergi kerja. Nama beliau Aizat. Atau nama samaran beliau Aizat K-Pop. Just kidding...

Sedang aku berlari-lari anak ke perkarangan luar apartment, tiba-tiba handset aku menjerit. Segera aku menjawab panggilan misteri itu. Suara merdu Sister Cantik berkumandang, memaklumkan sesuatu yang agak membingungkan. Belum sempat Sister menyudahkan bicara, masuk lagi satu panggilan. Kali ini dari Matron Comel, juga mengutarakan hal yang sama. Aku sempat melihat tarikh pada jam tangan bagi memastikan hari itu bukan tarikh 1 haribulan Aprilfool.

Hati aku bingung bercampur keliru.

Seminit kemudian, Aizat pun sampai. Aku langsung menceritakan apa yang Sister Cantik dan Matron Comel katakan padaku tadi. Mata beliau membulat.

"Biar betul bro. Eh, betul ke?" soal beliau seakan tidak percaya.

"Betul bro, diorang jemput kita perform untuk Menteri Kesihatan hari ni! SUMPAH!"

"Biar betul bro. Eh, betul ke?" soal beliau lagi.

"Betul bro, matron dengan sister baru je call aku tadi bagitahu hal ni," jelas aku.

"Biar betul bro. Eh, betul ke?" soal beliau lagi.

".....,"


Alamak, lupa lirik. Nevermind... Just smile to the camera.

Dipendekkan cerita kitorang terus memecut ke ofis dengan perasan bercampur-baur. Ada gugup, ada seronok, ada bimbang. Yang paling jelas, TERUJA! Sampai kat ofis cepat-cepat 'warm-up' dan 'rehearsal' secukup rasa. Tapi yelah, bila dah gugup, kord pun tak ingat, lirik pun lupa, suara hilang dan macam-macam lagi komplikasi.

Dipendekkan lagi cerita, tepat jam 9.00 pagi kitorang lalu 'diterbangkan' ke bangunan ACC, tempat majlis penuh sejarah dan gilang-gemilang berkenaan akan berlangsung. Terasa diri ini bagai artis Hollywood tatkala berjalan mengheret gitar dan tiba-tiba dijemput masuk oleh Encik Haji seperti seorang VIP.

Kami dibawa ke dewan kecil tempat majlis akan berlangsung (dewan makan sebenarnya). Well, oklah. Venue tak besar sangat, so less pressure. Kami sempat berbual dengan Encik Haji yang nyata seorang peramah dan cepat mesra sebelum mengambil tempat untuk sesi rehearsal. Kami decide untuk perform 4 buah lagu iaitu Wild World (Cat Steven), More Than Word (Extreme), Yesterday (The Beatles) dan Kau Ilhamku dari Man Bai.

Selesai rehearsal, kitorang pun menanti dan menanti. Masing-masing kelihatan bersemangat namun sedikit cemas. Yelah, nak perform depan VVIP kan? Aku rasa YUNA pun tak pernah dapat chance macam ni. GAHAHAHAHAHA! Ok, tak kelakar.

Beberapa puluh minit kemudian VVIP dan para tetamu kehormat pun tiba. Aku dan Aizat segera memegang gitar dengan erat. Masa tu dah tak gugup atau cemas dah. Masing-masing fokus dan prepared. Kehadiran Matron Comel pada saat-saat akhir memberi semangat pada kami dan menambahkan keyakinan kami. AWW YEAH! LET'S DO THIS!!!



Lagu first, cemas, panik dan lupa lirik. GAHAHAHAHA!

Yesterdei... All mai trabel sim so far eweiiiii......

Usai persembahan. masing-masing berasa lega. Namun aku PASTI dapat melakukan performance yang lebih cantik lagi sekiranya ade beberapa perkara diperbaiki. Tapi it's okaylah. Very-very good exposure. Special thanks to Encik Haji, Matron Comel dan Sister Cantik for supporting us. And also thanks to JJ Sobri for recording our show. Thank you SO MUCH!

Aku dan Aizat give all our best that day. And now we can't wait for our NEXT performance.

Miqa

P/S : Masih tak dapat nama sesuai untuk group kami. Ade idea?

P/S 2 : If you like my blog, you can also LIKE my FB Page herehttps://www.facebook.com/RealMiqa
Thanks!





Wednesday, 5 June 2013

Apabila LIF Menjunam

Nama aku Miqa dan ini adalah pengalaman aku semasa di dalam lif atau dalam bahasa jawa disebut sebagai elevator. Memandangkan rumah apartment yang aku duduki menyediakan lif yang usang, maka banyaklah kisah-kisah ngeri yang timbul dan salah satunya adalah seperti di bawah : 

Di suatu senja yang sepi, aku bersiap-siap untuk ke masjid untuk solat berjamaah. Aku menyarung uniform biasa iaitu baju melayu, kain pelikat dan kopiah putih. Sebaik menyarung selipar, aku pun melangkah keluar rumah. Di saat aku menunggu lif (rumah aku tingkat 10), sempat aku merenung ke panorama senja yang kian kelam sepi. Sayup kedengaran laungan azan mula berkumandang jauh.

"Cis, aku dah lambat!" Getus ku sendiri.

Seminggu kemudian lif pun tiba. Ok, tak lah seminggu. 2 minit je. Aku segera melangkah masuk sebelum pintu lif tertutup secara automatik. Hanya aku sorang diri di dalam perut lif yang perlahan-lahan bergerak ke bawah. Fikiran aku melayang. Terbayanglah wajah kekasih lama, ayam goreng dan Ultramen yang sedang berlawan. Sambil-sambil tu aku bersiul lagu 'Wind of Change' namun sedikit 'out-of-tune'.

Aku merenung kosong monitor level di bucu atas kanan pintu lif.

Tingkat 9. Tingkat 8. Tingkat 7. Tingkat 6. Tingkat...

"GONG!!!" Ini bukanlah bunyi gong yang dipalu pasukan Cak Lempong sekolah tetapi bunyi gemuruh lif tersangkut. Seperti biasa, aku jadi panik. Bukan picnic. Tapi panik. Peluh dingin mula terbit di dahi dan tempat-tempat tertentu. Dengan tangkas jariku menekan punat 'OPEN'. Namun tiada respon. Lif seakan kereta habis minyak tersadai di tengah lebuhraya. Aku mula beristighfar seperti istighfar itu yang terakhir.

Seminit kemudian lif kembali bernyawa. Monitor level menunjukkan aku di level 20. LEVEL 20??? "Whaddafart?" Aku mencarut sendirian. Fikiranku mula membayangkan yang bukan-bukan seperti wajah Rosmah tersenyum dan ucapan genius Zahid Hamidi. "Arrrh! Fikiranku!!! TIDAKKKK!!!"


Tempat kejadian - Bukan nama sebenar

Tiba-tiba pintu lif terbuka. Aku terkejut melihat hanya separuh sahaja alam dunia. Separuh lagi adalah alam bunian!!! Acah je. Separuh lagi adalah bahagian dalam lif yang gelap. 

"Benda ni buat hal pulak dahhhhhhh!" bentakku geram.

Beberapa detik kemudian pintu lif tertutup dan kembali menjunam laju ke bawah. Jantung aku berdetak seperti genderang mau perang. Aku tak tahu aku di tingkat berapa. Aku juga takut kalau tiba-tiba lif ni akan berhenti terus dan meninggalkan aku seorang diri, terpisah dari dunia luar buat selama-lamanya. Dan yang paling menakutkan, seperti yang pernah dilapor akhbar tabloid iaitu insiden KABEL LIF TERPUTUS dan mengirimkan aku 'direct' ke alam barzakh. Aku tak nak mati!

Aku tak nak mati sebelum mencapai cita-citaku menjadi artis Hollywood. Malah banyak lagi impianku yang belum tercapai seperti menjelajah seluruh dunia, bermain muzik di hadapan khalayak ramai, malah bertemu cinta dengan gadis idaman yang entah wujud entah tidak. Semua impian dan harapan itu berlegar di fikiranku bagai filem tak siap. Serta-merta hati aku jadi sebak. Selama hari aku hidup ni, tak ada pun usaha yang aku buat untuk capai semua impian ni. Hanya sekadar impian. Tak lebih dari omongan kosong...

Tiba-tiba aku jadi redha. Aku pasrah, kalau aku mati dalam lif ni pun tak apalah. Lagipun aku on-the-way ke masjid. InsyaAllah, ini suatu pengakhiran yang baik. Aku pejam mata rapat-rapat dan tangan aku memegang dinding lif. Apa nak jadi, JADILAH!

Beberapa ketika, kedengaran gerabak lif berhenti. Pintu automatik terbuka. Ternyata aku berada di tingkat 5. Dengan tangkas aku melompat keluar (bayangkan orang pakai kain pelikat melompat keluar lif). Aku menghembus nafas lega sambil mengucapkan syukur. My life was spared, to DIE ANOTHER DAY.

Aku lalu merenung lif tersebut dari jauh dengan minda terakam jelas segala yang telah berlaku.

Dengan penuh keinsafan aku berkata;

"HARI NI AKU GUNA TANGGA."

-Tamat-

Terima kasih,

Miqa

P/S : So, apa pengalaman ngeri korang di dalam lif?

Tuesday, 4 June 2013

Review Filem "STAR TREK INTO DARKNESS"

Hi, my name is James Bond,

JUST KIDDING! My name is Miqa. And this is a STAR TREK INTO DARKNESS, film review. It all comes from my own personal perspective. Well, doing film review is hard. So, I just gonna throw the review point by point (I'm not sure if it still call a 'review' though). SPOILER ALERT!


"Ape tengok-tengok? Saya tak 'date' orang telinga tajam. Sorry ye,"

Here we GO!

1. Saya asalnya bukan peminat filem STAR TREK. Never been a fan. Don't know why.

2. Saya belum lagi tonton prequel filem ini iaitu STAR TREK (2009). (I know, I'm a loser).

3. Apprently, it's their 12th film on the franchise. WOW I say. How many STAR WARS have? Six?

4. The opening is good. Macam starting filem-filem adventure yang lain, opening dia mesti merangkumi action yang gempak dan detik-detik yang cemas. Well, it was good but unfortunately, forgettable.

5. Apparently, hampir semua hero dalam dunia STAR TREK INTO DARKNESS berkulit putih. Kecuali watak Zoe Saldana yang berbangsa AVATAR. But she doing nothing important except speaking AVATAR language with the KLINGOS (bad guys always get weird name). And not to be forgotten, SULU, played by the korean-american guy who represent the whole ASIAN. Janji ade...

6. I have to complain, watak Captain Kirk by Chris Pine seems too 'GOOD LOOKING'. He look like a guy who would act as a PRINCE charming in some "ordinary-people-turn-royal" film with Anne Hathaway. Wait, is that already happen?

7. Watak Dr. Carol Marcus by Alice Eve, does nothing important but being slightly smart and WEAK. She act more like a decoration to the film. But still I love her. Gahahahahaha! (Is she have any dialogue scene with Zoe Saldana in this movie? Hurmmm...)

8. The spaceship (ENTERPRISE) look awesome. I like most of the scene involve spaceship. Very cool. It gets cooler when the spaceship start to shoot or hit each other. But sometimes I was like "Man, please don't destroy that beautiful-innocence spaceship".

9. Watak super-villain iaitu KHAN, didn't fail to makes me confuse. So, he's a bad guy. And then, oh wait.. He's a good guy. And then... WHAT THE HECK? He's a BAD GUY??? By the way, if Khan have like one or two sidekick to attack together, it would be more cool. 


Lokap cermin membuat penampilan untuk ke-10 kalinya. Very 'RELIABLE'

10. Filem ni banyak babak nangis. Khan nangis. Captain Kirk nangis, Spock nangis. When Captain Kirk and Spock cry together, I must admit that it's a little ghey.

11. Watak yang paling aku suka ialah SPOCK. Dia mungkin berkarakter dungu, tapi dia punyai deep emotion yang cuba disembunyikan serta kesanggupan dia untuk bekorban demi orang lain. Ianya sangat menyentuh hati. He even beat the shit-out-of Khan in near-ending-fighting scene. Very POWERFUL!

So, that's it. That's my review.

Do I like this film? YES!

Will I watch it again? YES but only for Alice Eve.


I will strip for no reason for this movie.

Berapa bintang nak bagi untuk STAR TREK INTO DARKNESS? I give 3.5 out of 5.

Miqa,

P/S : So, what's your opinion on this science fiction film? What? You like Star Wars better? Who care?

Saturday, 1 June 2013

MIQA Top 5 + 1 FAV Bass Player

Nama gua Miqa.

Sebagai part-time-rocker, gua suka compare one band to another band dan one musician to other musician. Each and every musician ade style yang different and that's why you can't tell which musician is better than which. You can't say Neil Peart is better drummer than Lars Ulrich or vice versa. But you can appreciate you favourite one. It's a tough decision but here's my top 5 FAV bass player.

Number 5 : SAM RIVERS of Limp Bizkit


- Aku berpendapat dia ni sangat fantastic dan ada skill yang menarik. Cuma dia jarang diberi peluang untuk menyinar dalam lagu-lagu LB yang banyak berunsur rapcore dan hip-hop. Lagipun dia ahli LB yang paling muda. Mungkin berasa kecik untuk bersuara berbanding dengan FRED DUSRT atau WES BORLAND yang lebih dominan.

Listen to : Stuck, Re-arranged, My Way.

Number 4 : PAUL GREY of Slipknot (R.I.P.)


- Seriously. Bassist yang boleh catch up dengan drum beat "peluru" Joey Jordison semestinya seorang bassist yang gempak. Bassline beliau agak susah nak dengar sebab sentiasa kena sandwich dengan gitar Mick Thomson dan Jim Root.

Lagu untuk rujukan : Duality, Snuff

Number 3 : STEVE HARRIS of Iron Maiden



- This guy wrote Iron Maiden stuff! And his bass-line is always distinctive from guitar sound, which is amazing. He is an amazing bass player both in the studio and LIVE.

Listen to : Aces High, Wildest Dream

Number 2 : CLIFF BURTON of Metallica (R.I.P.)


- This is one legendary bassist guitarist, respected by the whole generation and will be remembered as one of Heavy Metal Heroes for a very-very long time. Come on, he's been in two of most important metal records ever! How can he not be my fav???

Listen to : For Whom The Bell Tolls, Orion


Number 1 : MARCO HIETALA of Nightwish


- He might not be as huge as Cliff or Steve, but this guy is an ICON of metal in Europe. He's not only gangster with bass, but he also sings like champion. This guy got all quality that a band required from a bass player; attitude, skills, experiences, stability and inspirational. Nightwish is so damn LUCKY to have this guy in their band. I can't imagine someone batter than him.

Listen to : The Siren, Planet Hell

Number +1 : SIR PAUL MACCARTNEY of The Beatles
- Dinamakan sebagai ICON pop music terhebat. Lebih 1 billion album beliau terjual. Band beliau, The Beatles, mendefinisikan semula muzik pop. This man was born to inspired. Everything he touched, turn to magic. And.... He is the BASS PLAYER! A very good one.

Listen to : Any The Beatles songs.


There you go. My top 5 FAV bassist. Post kali ni sangat susah sebenarnya. Kepala sakit nak menilai semula semua bassist-bassist di atas. Semuanya hebat-hebat belaka. Masih ramai FAV bassist yang tidak tersenarai. By the way, if you read it, thanks. (Gambar semua rembat Google).

Miqa,

P/S : So, siapa bassist kegemaran korang? John Myung?