Pagi tu macam biase. Aku bangun tidur lambat sebab malam tadi tidur lewat. Aku hanya boleh bangun awal kalau masuk tidur pukul 10 malam. Lewat daripada tu, sure terbabas bangun pagi. Nasib baik aku ade sahabat yang sudi tumpangkan motor pergi kerja. Nama beliau Aizat. Atau nama samaran beliau Aizat K-Pop. Just kidding...
Sedang aku berlari-lari anak ke perkarangan luar apartment, tiba-tiba handset aku menjerit. Segera aku menjawab panggilan misteri itu. Suara merdu Sister Cantik berkumandang, memaklumkan sesuatu yang agak membingungkan. Belum sempat Sister menyudahkan bicara, masuk lagi satu panggilan. Kali ini dari Matron Comel, juga mengutarakan hal yang sama. Aku sempat melihat tarikh pada jam tangan bagi memastikan hari itu bukan tarikh 1 haribulan Aprilfool.
Hati aku bingung bercampur keliru.
Seminit kemudian, Aizat pun sampai. Aku langsung menceritakan apa yang Sister Cantik dan Matron Comel katakan padaku tadi. Mata beliau membulat.
"Biar betul bro. Eh, betul ke?" soal beliau seakan tidak percaya.
"Betul bro, diorang jemput kita perform untuk Menteri Kesihatan hari ni! SUMPAH!"
"Biar betul bro. Eh, betul ke?" soal beliau lagi.
"Betul bro, matron dengan sister baru je call aku tadi bagitahu hal ni," jelas aku.
"Biar betul bro. Eh, betul ke?" soal beliau lagi.
".....,"
Alamak, lupa lirik. Nevermind... Just smile to the camera.
Dipendekkan cerita kitorang terus memecut ke ofis dengan perasan bercampur-baur. Ada gugup, ada seronok, ada bimbang. Yang paling jelas, TERUJA! Sampai kat ofis cepat-cepat 'warm-up' dan 'rehearsal' secukup rasa. Tapi yelah, bila dah gugup, kord pun tak ingat, lirik pun lupa, suara hilang dan macam-macam lagi komplikasi.
Dipendekkan lagi cerita, tepat jam 9.00 pagi kitorang lalu 'diterbangkan' ke bangunan ACC, tempat majlis penuh sejarah dan gilang-gemilang berkenaan akan berlangsung. Terasa diri ini bagai artis Hollywood tatkala berjalan mengheret gitar dan tiba-tiba dijemput masuk oleh Encik Haji seperti seorang VIP.
Kami dibawa ke dewan kecil tempat majlis akan berlangsung (dewan makan sebenarnya). Well, oklah. Venue tak besar sangat, so less pressure. Kami sempat berbual dengan Encik Haji yang nyata seorang peramah dan cepat mesra sebelum mengambil tempat untuk sesi rehearsal. Kami decide untuk perform 4 buah lagu iaitu Wild World (Cat Steven), More Than Word (Extreme), Yesterday (The Beatles) dan Kau Ilhamku dari Man Bai.
Selesai rehearsal, kitorang pun menanti dan menanti. Masing-masing kelihatan bersemangat namun sedikit cemas. Yelah, nak perform depan VVIP kan? Aku rasa YUNA pun tak pernah dapat chance macam ni. GAHAHAHAHAHA! Ok, tak kelakar.
Beberapa puluh minit kemudian VVIP dan para tetamu kehormat pun tiba. Aku dan Aizat segera memegang gitar dengan erat. Masa tu dah tak gugup atau cemas dah. Masing-masing fokus dan prepared. Kehadiran Matron Comel pada saat-saat akhir memberi semangat pada kami dan menambahkan keyakinan kami. AWW YEAH! LET'S DO THIS!!!
Lagu first, cemas, panik dan lupa lirik. GAHAHAHAHA!
Yesterdei... All mai trabel sim so far eweiiiii......
Usai persembahan. masing-masing berasa lega. Namun aku PASTI dapat melakukan performance yang lebih cantik lagi sekiranya ade beberapa perkara diperbaiki. Tapi it's okaylah. Very-very good exposure. Special thanks to Encik Haji, Matron Comel dan Sister Cantik for supporting us. And also thanks to JJ Sobri for recording our show. Thank you SO MUCH!
Aku dan Aizat give all our best that day. And now we can't wait for our NEXT performance.
Miqa
P/S : Masih tak dapat nama sesuai untuk group kami. Ade idea?
P/S 2 : If you like my blog, you can also LIKE my FB Page here : https://www.facebook.com/RealMiqa
Thanks!

No comments:
Post a Comment