Friday, 31 May 2013

Review Filem "NOW YOU SEE ME"

Hi, my name is Miqa.


WARNING : THIS REVIEW CONTAIN SPOILER

Honestly, expectation aku untuk filem ni agak tinggi. First sebab ade my FAV actor, Jesse Eisenberg selain pelakon-pelakon OTAI seperti Michael Caine dan Morgan Freeman. Second sebab trailer filem ni yang agak gempak. So, aku memang mengharapkan 'something magical' dari filem ni.

Ok, pembukaan cerita agak bagus, dengan menceritakan latar belakang THE FOUR HORSEMAN. Part ni dalam trailer pun boleh tengok. Kemudian plot berkembang dengan persembahan magik ala David Copperfield. Klimaks show, duit jatuh bertabur merata-rata. Part diorang ditahan dan disoal siasat is one of my favorite part dalam filem ni. 



Kemudian, lagi magic show. Pengkhianatan berlaku apabila duit dalam akaun bank tokey syarikat insuran (Michael Caine) disedut masuk ke dalam akaun penonton. Haha. Tengok part ni, teringat Oprah punya talk-show. Plot diteruskan dengan babak kejar mengejar yang tak berapa penting rasanya.

Lepas tu korang mula akan rasa filem ni bukanlah filem pencuri ala Robin Hood semata-mata. Ade terselit adegan romantis pegawai FBI dan pegawai Interpol yang sangat meng-SPOIL-kan perjalanan cerita. Watak utama mula beralih dari THE FOUR HORSEMAN kepada pegawai FBI merangkap ahli The Avenger (HULK).

Magic show terakhir agak kelam kabut. Babak duit bertabur dan melayang merata-rata diulang. Tapi macam biasa, THE FOUR HORSEMAN berjaya melarikan diri dari polis, FBI dan segala. Boleh lepak dekat NY Times Square pulak lagi, macam takde apa.

Morgan Freeman ditahan di lokap dan disoal siasat oleh HULK. Dan berlakulah PLOT TWIST!



Ketika inilah korang rasa diperBANGANGkan oleh plot twist. They use it too much it become absurd! SPOIL the good movie! Woi, tak payahlah buat magic-trick gile kentang bagai kalau last-last lu nak PUSING CERITA. Grrrr...

Oklah. Apapun aku puas dapat tengok Jesse Eisenberg berlakon sebagai magician. Babak pertemuan semula Columbus dan Tallahassee (ZOMBIELAND) is a special moment for me. Hopefully they make Zombieland 2. Hopefully...

Bintang? Aku bagi 2.5 / 5. Cukuplah tu.

Thanks.

Miqa.

P/S : So, apa opinion korang untuk filem NOW YOU SEE ME?

Jumaat Yang Sangat Annoyed!

Nama aku Miqa dan arrrgghh!!!

Aku annoyed gile solat jumaat tadi. Emosi terganggu beb! 

Malas nak cerita panjang-panjang, so aku list down-kan beberapa isu yang sangat meng-annoyed-kan itu.


Apa yang dia buat???

1. Budak yang solat sebelah aku sembahyang cara pelik. SANGAT PELIK! Mula-mula tengok macam ok, pastu aku perasan bila dia nak bangun dari sujud beliau angkat takbir. Nak sujud balik pun angkat takbir. Ingatkan dia tersasul ke ape. But no! Memang dia solat macam tu. Aku tak tau la kalau dia belajar tarekat ke ape, tapi itu memang sangat pelik dan sangat mengganggu konsentrasi aku. Argggh buat kali kedua!!!

2. Khutbah pulak buat hal! Sempena HARI KEPUTERAAN YANG DIPERTUAN AGONG, they all ada khutbah khas. Aku takde masalah lah dengan benda ni. Tapi khutbah mula start jadi annoying bila khatib baca perenggan, "SESIAPA YANG INGKAR KEPADA RAJA SAMALAH SEPERTI DIA MERUNTUHKAN AGAMA ISLAM". MERUNTUHKAH AGAMA ISLAM???  Wah! Hadith dan ayat Quran mana yang diorang rujuk ni???? Lepas tu asyik ulang-ulang perkataan tipikal seperti 'taat', 'patuh', 'akur', 'jangan bangkang', 'jangan kritik' dan lain-lain. Itu okey lagi. Lepas tu ulang-ulang pulak perkataan  'HURU-HARA' dan 'KEKACAUAN'. Apa ni? Tak perlu rasanya nak ulang-ulang perkataan tu. Apa, jahat sangat ke rakyat Malaysia ni? Khutbah lalu diakhiri dengan ayat "Taatlah kepada Allah, taatlah kepada rasul dan 'Ulul Amri" (pemimpin) di kalangan kamu. JUST AS EXPECTED... - On second thought, maybe ini semua ada kaitan dengan insiden dalam perlawanan bola sepak recently. Whateverlah...



Dengar Dr, Asri cakap apa. Para sahabat yang mulia yang telah dijanjikan syurga pun boleh dikritik...

3. Lepas habis Solat Jumaat berlaku satu lagi situasi annoying. Imam sibuk dok ajak solat sunat hajat pulak!!! Lepas-lepas habis baca doa, terus nak solat sunat hajat. Aku yang tengah solat sunat ba'diyah habis dilangkah-langkah orang yang nak penuhkan saf depan. Sampai spek mata aku pun ditendang & dipijak orang. CHEESE KEK! Nasib baik tak patah! Pendapat aku, bagilah peluang orang solat sunat ba'diyah dulu. Tak perlu rasanya nak kelam-kabut buat direct lepas Jumaat. My speculation is, Imam ni dah dibayar oleh keluarga si polan untuk buatkan solat hajat selepas Jumaat. So, depa ni pulun la buat solat sunat hajat, tak peduli dah orang nak solat sunat ba'diyah. Sedangkan solat sunat ba'diyah tu kan lebih afdhal? ISH!!! - But that's only my speculation.

Fuh, akhirnya jadi cerita panjang jugak. Kalau korang nak tau kat mana benda ni berlaku, inilah MASJID AMRU AL 'AS, Bandar Baru Sentul. Masjid yang sangat famous dengan kes SUMPAH-SUMPAH!


Saya sumpah awak jadi mikrofon. TADA!

Sekian,

Miqa.

P/S : Apa cerita kat masjid korang?

Wednesday, 29 May 2013

Roy Khan, Sang Opera Metal

Nama gua Miqa. Bukan Hanis Zalikha (tibe-tibe).

I don't always listen to power metal. But when I do, it's KAMELOT!


"Kontrol ganas.. Hnnsss... Hnnsss...."

Seriously, tak ada band yang boleh challenge band ni dari segi music arrangement mahupun skill.

"F*ck you Miqa! METALLICA is the best metal band ever!!"

"Miqa, you are stupid! IRON MAIDEN is the god of metal!!!"


Ok, whatever your opinion is, KAMELOT is still one of the best. Selain NIGHTWISH, band ini antara yang berjaya mencantumkan music metal dengan opera tanpa was-was. Eh, lupa pulak. Aku nak tulis pasal Roy Khan sebenarnya. Beliau adalah bekas vokalis Kamelot yang berasal dari Norway. Latar belakang beliau sebagai penggiat opera klasikal menjadikan beliau salah seorang vokalis dan performer yang SUPERB! He voice is much better than most singer in pop music scene. Seriously.

  
"Papaku pulang dari kota... Ayuh bersama-sama!"

Tapi beliau dah blah dari KAMELOT 2 tahun lepas. Tak taulah apasal. Kamelot pun dah ada vokalis baru iaitu mamat dari Sweeden. Tapi impact Roy Khan pada music Kamelot adalah IRREPLACEABLE. He is one of few singer that born to touch peoples's heart. Kalau tak percaya, cuba dengar lagu ABANDONED atau GHOST OPERA.

Dengar khabar beliau tak berapa sihat. Arghhh! Janganlah mati lagi. Please sing a little bit more!

      
Kamelot new singer look like ghey to me... JK

That's all for today. Korang nak video, sila search Youtube. Jangan risau, tak rosak akidah la kalao dengar music power metal ni. Hassan Ali pun layan Lamb Of God, rileks jer. Ok aku tipu.

Thanks,

Miqa

P/S : So, siapa feveret singer korang? Justin Bieber?

Story About My Best Friends

Nama aku Miqa, and I used to have best friends. Dan best friend aku bertukar ganti dari sekolah rendah, sampai sekolah menengah. Antara ciri-ciri best friend aku ialah, diorang sentiasa 'support' perangai gila-gila aku. Kalau aku naik atas meja dan berjoget lambak semasa cikgu mengajar kat depan, diorang pun akan lompat atas meja dan join sekali.

Yes. Aku sangat nakal semasa di sekolah.

Gambar awek cun ni tiada kena-mengena dengan cerita. Hanya sebagai pelaris sahaja. Harap maklong.

Salah seorang best friend aku ialah Syafiq Haziq. Dia ni loser, sama macam aku. Kenal dia semasa di sekolah menengah agama Maahad Tarbiyah Islamiyah, Trong, Changkat Jering. Masa tu form 1. We become best friend dan sama-sama bentuk kumpulan kecil. Kumpulan aku ni bukan buat ape pun. Sekadar geng lepak-lepak je. Ahli-ahlinya terdiri daripada budak-budak loser dan comot. Tapi kitorang pernah buat PLAN besar untuk menakluk dunia. Tapi dibatalkan sebab terlalu bodoh bunyinya.

Kebetulan, ramai pulak budak-budak asrama yang memohon nak join geng kitorang, sampai aku terpaksa limit-kan penyertaan. Haha. Ketuanya? AKUlah. Semua plan bodoh-bodoh, semua aku yang rancang.

So, berbalik pada Syafiq Haziq dan aku. Macam best friend - best friend yang lain, kitorang memang rapat. Macam adik beradik dah. We get so close that we re-arranged our bed so we can sleep next to each other.

Satu petang, aku balik dari kelas dan sampai di asrama, aku tak nampak Syafiq Haziq. Aku cari dia merata-rata tapi tak jumpa. Aku tanya member lain, diorang cakap Syafiq dah balik. Bapak dia datang jemput kat kelas. Aku tak tau sebab kelas kitorang lain-lain. Aku tak percaya sebab aku tengok beg baju Syafiq masih ada kat katil dia.

Aku tunggu Syafiq. Aku tunggu dia sampai malam tapi dia tak balik-balik. Aku bangun pagi esoknya, Syafiq masih tak ada. Aku terus tunggu. Dua hari. Tiga hari. Seminggu.

Aku cuba call nombor telefon yang Syafiq bagi. Tak ada orang jawab. Aku cuba dan cuba call sampai dah tak larat, tak pernah ada orang angkat. Dulu pakai public phone je. Duit pun bukan ade sangat nak sumbat.

Aku terus tunggu dan tunggu. Sebulan. Dua bulan. Syafiq tak muncul-muncul. Bila aku teringat dekat Syafiq, aku renung beg pakaian dia yang diletak di sudut katil...

Suatu petang yang lain, bila aku balik dari kelas aku tengok beg pakaian Syafiq tak ada di tempat biasa. Aku cemas. Member-member lain bagitau yang Syafiq dan bapaknya datang amik beg tu dan terus blah. Syafiq dikatakan dah bersekolah di tempat lain.

That's the last thing I heard of him. He left without notice, without goodbye.

Woi Syafiq. Lu nak blah lu bagitaulah! Siyot!!!! Ni tau-tau dah hilang! Apapun aku harap ko bahagia. NO! Aku harap ko kene gelek dengan STEAMROLLER forever! Gahahahahaha! Ok. Seriously, aku harap ko happy. You always be my best friends. And I hate you!

Manly tear shed...

Miqa

P/S : Apa pengalaman korang dengan best friend? Kongsilah skit!

Tuesday, 28 May 2013

Pandangan Aku Tentang Dr. Asri (WAHABBEE?)

My name is Miqa, and this is my personal opinion tentang Dr. Asri a.k.a Dr. MAZA a.k.a Ex-mufti Perlis.

Aku mengikuti kuliah Dr Asri agak lama juga. Cara penyampaian beliau yang santai dan kadangkala agak stressed (serius), senantiasa dilapik dengan ayat-ayat Al-Quran serta hadith-hadith sahih. You'll get the clearer view on Islamic teaching by listening to him. Beliau punyai ramai anak murid, salah seorangnya ialah Sham Kamikaze (Gua Rock, Gua Beriman).

Beliau banyak kali dituduh sebagai penyebar ajaran WAHABBI (?), tapi tu semua tuduhan dangkal oleh orang yang cetek ilmu lagi busuk hati.

Pada pendapat aku, beliau seorang yang berpendirian agak tegas dan berpandangan jauh. Selain seorang  pemidato / pendebat yang baik, beliau juga sering mengeluarkan pendapat tanpa perlu menjaga hati sesiapa because the truth is the truth. You don't like it, well... Too bad for you.

Selain dari ke'terror'an beliau dalam membahaskan isu hadith dan sejarah, pandangan beliau dari sudut politik adalah kritis. Tak ramai yang boleh telan hujah dan pendapat beliau dengan mudah kalau masing-masing ada kecenderungan politik. But then again, he is not always right. But nobody always right-kan? (I dunno what I'm sayin')

Ramai yang nak Dr. Asri jadi calon pada PRU lepas. Tapi nampaknya beliau lebih selesa menjadi pemerhati dan pengkritik, which is still good.

Do I like him? Do I hate him?

The truth is... I HATE HIM!!!

Just kidding. =)

Of course I like him.

Akhir kata, this is my personal opinion. Bak kata Metallica, 'And nothing else matters'.

Thanks,

Miqa

P/S : You have same or different opinion on Dr. Asri? Let Me know... Thanks!


Monday, 27 May 2013

Tak Sabar Nak Nikah Ke?

My name is Miqa.

So, Ustaz Azhar Idrus nikah lagi. Isn't it wonderful?



The fact that it's his third round, make me feel.. I don't know.

'STRESSFUL' maybe.

But hey, don't be mad over the holy guy. Rezeki dia kan?

Sigh ~ Enough with Ustaz Azhar Idrus.

Things that annoyed me lately (yes, i get annoyed pretty consistently) is watching bakal-bakal pengantin berkepit macam penjenayah kena gari tangan dengan polis. Kesana kemari tak mau berenggang walau seinci. Bila terpisah, cepat-cepat bercantum balik macam anak ayam dengan ibu ayam.

I don't know why, but do they have to act romantic ALL THE TIME????

Do they have to bisik-bisik dalam kelambu ALL THE TIME???

Come on la. Korang bukannya kat dalam kelambu kot. Hidup dalam masyarakat kena bergaul cara bermasyarakatlah. Ni nak berkomunikasi pun terpaksa cover macho, act tough, be protective for no reason. Yes, I'm talk about the dude. Rileks je bro. Gua bukan nak rembat tunang lu pon. Haha.

Yang makwe pula, 24 jam cover ayu. Nak bersuara pun tersipu-sipu. Terajang baru tau.

Well, maybe I'm too over sensitive. Or maybe I am the bad guy in your 'romeo & juliet' story. But seriously, romantic couple annoyed me the most!

Miqa

P/S : So, apa benda yang annoyed korang lately?

Thursday, 23 May 2013

Komunikasi Paling 'Awkward'!

Hi,

My name is Miqa, and this is a really awkward story.

Tak lama dulu aku ditugaskan untuk menghubungi seorang Ketua Jururawat melaui telefon di hospital untuk memaklumkan butir-butir pesakit. Semua berjalan lancar sehinggalah...

Aku : What else do you need?

KJ : Wait...

Aku : Wait..? Ok...

KJ : .......

(Hampir sepuluh minit kemudian...)

Aku : Hello. Why taking so long..?

KJ : I tunggu you lah!

Aku : What...? (Panik)

KJ : You ingat I said wait? I SAID WEIGHT!

Aku : ......... (SUPER AWKWARD) - At this moment, rasa macam nak tukar identiti. Haha!




Ok, that's all.

Miqa

P/S : So, tell me what is your most awkward story?

Things I Remember When I Was A Kid


Hi!

My name is Miqa.

Susah sebenarnya nak list-down semua yang kita ingat dari zaman kecik. Banyak benda yang kita ingat tapi tak semua menarik dan indah untuk diceritakan. Honestly, my childhood is not that glorious. I have a dark childhood. Well, not always dark. You know what I mean.

So, aku list-down mengikut beberapa ketegori :-

Kenangan Best

1) Tengok wayang buat pertama kali. Filem GO GO POWER RANGER! BEST!

2) Tengok siaran Ultraman kat TV. Time tu turn Ultraman Ace. Hakuto!!! Minami!!! YEARGH!

3) Naik kapal terbang pertama kali. Masa tu rasanya darjah dua. Teringat masa tu Mama datang ke kelas, masa tu aku tengah dengan cikgu membebel. Mama tiba-tiba datang, dan 'kidnap' aku dari kelas. AWESOME! So we took flight and went to Medan, Jakarta.

4) Menang tempat pertama pertandingan azan peringkat mukim. Menang tempat ketiga pertandingan bercerita peringkat sekolah. Menang pertandingan nasyid peringkat daerah. Tapi sijil semua hilang...

5) Apabila bapa bawak balik kereta baru. Proton Iswara! Masa tu tahun 1995. Proton Iswara is 'da Bomb' at that time. Haha.... I love that car and my dad look super-cool with the new car.

So, dah tak berapa ingat kenangan best yang lain... NEXT!



Kenangan Tak Berapa Best

1) Dibelasah rakan sekelas, di dalam kelas sampai pecah bibir. Darah penuh kat lantai. MC seminggu. Makan pakai straw. Haha... Terima kasih.

I could list down more, but on the second thought... Maybe next time.

=)

Miqa

P/S : So, apa kenangan pahit manis korang masa kecik-kecik dulu?

Wednesday, 22 May 2013

Drummer Pujaan Hatiku

Hai. Nama saya Miqa.

Posting pertama untuk blog ni ialah berkenaan salah seorang drummer kegemaran aku.

WHAT? Apesal tibe-tibe cakap pasal drummer ni?

Well, sukati-lah kan. Bukan blog ngko.

So, beliau adalah...




Encik Joey Jordison, drummer untuk band Slipknot. Ganas Tampan tak?

Kenapa aku menyukai beliau? Aku bagi 5 sebab.

1. Stail drumming beliau yang inovatif dan power giler babeng. Metal + Jazz!

2. Beliau juga sorang komposer yang berbakat.

3. Mempunyai kredibiliti sebagai seorang ketua / band-leader. Buktinya, mampu menyatukan 9 orang gila dalam satu band selama lebih 10 tahun. Tabikk!

4. Kebolehan beliau juga diakui oleh band-band otai lain seperti Metallica dan Korn sehingga menjemput beliau untuk perform bersama.

5. Drummer yang sangat comel!

Berikut adalah video beliau membuat soundcheck! 


Power tak? Power kan kan kan???

Ok, selain Joey, aku juga minat drummer-drummer seperti Lars Ulrich (Metallica), The Rev (Avenged Sevenfold), Dave Grohl (Nirvana), dan drummer System Of A Down (ape name ntah, lupe plak).

Sekian saja untuk kali ni. Bye!

Miqa

P/S : Siapa drummer kegemaran korang?