Wednesday, 19 June 2013

Pengalaman Menjadi Salesman

Hi, my name is Miqa. Lama kot tak update blog ni.

Tak ramai yang tahu bahawa aku pernah bekerja sebagai seorang jurujual selepas SPM dulu (salesman yang jual-jual barang kat kedai-kedai makan tu). Tak lama pun, cuma dua minggu je. Tapi pengalaman yang ditimba cukup berharga. I learn a lot of thing about interaction with people, marketing and business more than I did 5 years in school.


Bad hair, terrible smile. Perfect package as salesman

Ia bermula secara tak sengaja, iaitu dengan mengikut seorang kawan menghadiri satu job interview yang ditemui dari iklan di surat khabar. Masa mula-mula tu memang tak ada klu langsung berkenaan kerja yang ditawarkan. Juru interview, Mr. Chan (bos) bagi nasihat yang kerja ni memerlukan stamina, kesungguhan dan strategi, tapi tak jelaskan kerja apa yang sebenarnya  untuk dibuat.

Selepas diinterview, kami pun dibawa keluar dari ofis dan menuju ke Jalan Telawi, Bangsar. Kat situ barulah jelas bahawa job yang di'offer' adalah salesman! Mula-mula rasa tertipu dan berasa janggal. Tapi kami cekalkan hati dan terus follow dan observe salesman senior itu menjalankan tugas. Dari satu kedai ke satu kedai. Dari satu meja ke satu meja. Abang Adi (salesman senior) langsung tak berputus asa mencari pelanggan. Sesiapa pun yang ditemuinya pasti akan ditegur mesra sebelum memperkenalkan produk yang ingin dijual. Aku terus ikut Abang Adi sekali pun kawan aku yang sama-sama interview tadi dah cabut lari.

Aku teruja setiap kali melihat Abang Adi mendampingi pelanggannya. He is fearless, shameless and totally confident when talking to them. He doing it like the product he sell gonna save his customer 's life or help change the world for better (but really, it's a total shitty product). And each time he successfully sold his product, he celebrate it with a priceless smile upon his face.

Dipendekkan cerita, setelah berfikir separuh masak, aku pun bersetuju untuk join company berkenaan sebagai seorang jurujual. Esoknya aku pun datang bekerja dengan berbaju kemeja kemas, lengkap bertali leher seperti yang diarahkan. Abg Adi adalah mentor aku. Dia banyak beri tunjuk ajar dan tips-tips penting untuk memasarkan produk.

Antara tips-tips yang Abang Adi ajarkan ialah :
a. Sentiasa senyum walau apa pun terjadi.
b. Sentiasa senyum walau apa pun terjadi.
c. Sentiasa senyum walau apa pun terjadi.
d. Don't pre-judge customer.
e. Sentiasa berjalan dengan laju dan bersemangat.
f. Perlu yakin sepenuhnya dengan produk yang dijual.
g. Have fun!

Dan yang paling penting ialah, sentiasa senyum walau apa pun terjadi. Orang beli produk, senyum. Orang tak beli produk, senyum. Orang halau, senyum. Orang maki, senyum. Orang nak pukul senyum. Nak berak, senyum. Trust me, it's never an easy thing to do.

Aku masih ingat saat manis ketika aku berjaya menjual produk pertama ku. It feels like winning a lucky draw! Perasaan semakin melonjak seronok apabila pelanggan beli lebih dari satu produk. Selain menambah keuntungan, ia juga mengurangkan kuantiti barang yang aku perlu pikul kesana-kemari.

Macam-macam produk aku dah merasa jual. Dari buku cerita kanak-kanak, set alat tulis hinggalah ke barang mainan. Paling kelakar ialah mainan pistol buih. Waktu tu di depan restoran Nasi Kandar Pelita, Jalan Telawi. Abang Adi tugaskan aku menembak pistol buih di depan restoran sambil dia masuk untuk mendekati pelanggan. Ok, kerja mudah dan tak ada masalah. Sedang aku leka tembak-menembak, aku tak perasan yang buih-buih berkenaan terbang dan masuk ke dalam periuk kari mamak, sehinggalah mereka menegurku. Gahahahaha!!! How, the new recipe taste like???


Let's call it Bubble Curry TM

Ofis kami pula bertempat di Plaza Pantai. It's a small office actually. Tapi mereka ada ruang untuk akitiviti para pekerja. Setiap hari sebelum keluar ke site, kami akan berlatih antara satu sama lain. Kami berkongsi tips, bertukar-tukar pandangan dan saling memotivasikan diri. Mr. Chan juga tidak putus-putus memberikan motivasi dan kata-kata semangat. Kisah-kisah beliau ketika bekerja sebagai salesman (sebelum jadi bos) sedikit sebanyak memberikan inspirasi kepada kami yang baru nak bertatih.

Salah satu kesan sampingan selepas seharian meng'salesman'kan diri ialah, kau tak boleh berhenti dari menjadi salesman. Kau akan rasa macam sentiasa nak menegur orang. You become so freakishly friendly for no particular reason which is so funny and stupid sometimes.

Antara kenangan yang aku tak boleh lupa sewaktu kerja sebagai salesman ni ialah semasa bergiat di suatu lokasi di Bangsar, ketika tu waktu tengahari yang berbahang. Aku tak ada duit untuk minum dan kepenatan. Aku tak berjaya jual produk buku kanak-kanak yang aku pikul dari pagi sebab lokasi tu agak terpencil dan tak ramai orang. Seluk-seluk poket, aku jumpa beberapa keping duit syiling. Dengan girangnya aku pergi ke vending machine yang jual air mineral osmosis dan terus memasukkan duit. Aku tak tau yang mesin tu memerlukan aku menyediakan cawan atau botol untuk menadah air yang keluar. Apalagi, habis berhamburan ke lantai dengan air mineral osmosis tu. Aku yang dahaga, hanya mampu melihat dengn hampa.

Di saat aku mula melangkah hiba membawa hati yang lara, tiba-tiba ada seorang makcik tergesa-gesa ke arahku. Aku jadi hairan. Biasanya orang yang waras akan menjauhi aku. Tapi makcik ni berkejar padaku.

"Nasib baiklah mak cik jumpa kamu. Mak cik dah puas pusing satu bangunan ni cari kamu," ucap wanita lingkungan pertengahan tiga puluhan itu. Aku terpinga. Rupanya beliau nak membeli beberapa naskah produkku untuk kegunanaan anak beliau. Sebelum beliau melangkah pergi, beliau sempat mengatakan yang beliau bangga melihat anak muda sepertiku begitu gigih berusaha mencari rezeki. Ungkapan azimat yang sama sekali tak pernah ku terima dari sesiapa sebelum itu.

Jodoh aku tak panjang dengan kerier ni. Selepas dua minggu, sesuatu berlaku dan aku angkat kaki. Tak perlu ulas panjang fasal isu negatif, sebab pengalaman yang aku raih is PRICELESS. Throw me any product and I'll show you how I sell it on the street. WACCHA!

Wah, panjang juga aku taip kali ni ye. Haha.


Sorry for long post. Here pic of Miranda Kerr to make up for it

Thanks for reading it.

Miqa

P/S : Tahun lepas aku terserempak dengan Abang Adi. Beliau bekerja sebagai ejen syarikat guaman. He gave me his business card but i misplaced it. Hahaha.

No comments:

Post a Comment