Bagi Miqa, pengalaman yang paling bermakna dan berharga adalah sewaktu menyaksikan konsert Metallica LIVE di Kuala Lumpur. Sebagai peminat muzik, Metallica adalah band yang paling Miqa sanjung dan kagumi kerana muzik mereka yang hebat dan menakjubkan. Walaupun banyak band-band lain yang lebih 'power' seperti Iron Maiden, Slayer, Megadeth dan New Boyz, bagi Miqa Metallica tetap di nombor satu di dalam senarai kegemaran.
Kedatangan Metallica di Stadium Merdeka Kuala Lumpur tempoh hari umpama mimpi menjadi realiti. Miqa hampir tidak percaya dengan kenyataan dan hampir-hampir dimasukkan ke wad psikiatri kerana meracau sepanjang malam. Sebaik kedatangan Metallica diumumkan, Miqa dengan segera beratur di hadapan Fahrenheit Bukit Bintang untuk membeli tiket, walaupun sebenarnya boleh dibeli secara online. Tapi peminat Metallica yang sejati seperti Miqa haruslah beli tiket secara beratur kerana itulah tradisi turun-temurun yang perlu dipelihara. Miqa membeli tiket yang paling mahal iaitu RM680. Tiket ini membolehkan Miqa menonton di barisan paling hadapan sehingga membolehkan Miqa mencapai dan menarik kaki James Hetfield iaitu penyanyi band Metallica dan mencuri boot beliau untuk di bawa pulang. Habis duit elaun Miqa semata-mata untuk beli tiket konsert ni. Tapi tak mengapa sebab Miqa tak ade awek.
Tarikh 21 Ogos 2013 adalah tarikh keramat bagi seluruh peminat muzik metal di Malaysia dan penggemar Metallica khususnya. Sejak subuh lagi sudah ramai penonton yang melepak di sekitar Dataran Merdeka. Ada yang bawak khemah sebab datang dari jauh. Ada yang bawak gitar dan busking lagu Metallica seperti Nohing Else Matters dan Unforgiven di tepi-tepi longkang. Tidak ketinggalan peniaga-peniaga baju yang bersepah-sepah di merata-rata tempat, menjual baju t-shirt dengan lambang dan gambar Metallica. Meriah sungguh suasana. Miqa terkejut melihat sekumpulan pemuda berkopiah putih berlegar-legar di sekitar kawasan tersebut. Adakah mereka pencegah maksiat? Adakah mereka peminat Metallica yang sudah insaf? Oh, rupa-rupanya mereka adalah wakil dari Dewan Pemuda PAS Pusat yang turun meyampaikan dakwah dan peringatan kepada penonton konsert. Baguslah tu. Walaupun kita berhibur dengan lagu-lagu metal, ketaqwaan dan keimanan tetap dipelihara.
Seterusnya, pada pukul 8 malam, sekalian penonton dibenarkan masuk. Masing-masing kelihatan teruja dan excited nak mampos. Dipendekkan cerita, selepas habis persembahan dari band-band tempatan yang langsung tak best, kini tibalah giliran band terulung, METALLICA mengambil alih pentas yang gilang-gemilang! Seluruh bulu-bulu di tubuh Miqa meremang macam landak tatkala mendengar lagu intro keramat, The Ecstasy Of Gold berkumandang. Rasa macam nak menangis pun ada. Tatkala melihat kelibat James Hetfield, Kirk Hammet, Lars Ulrich dan Robert Trujillo tampil dengan senjata masing-masing, air mata Miqa berderai. Miqa menangis macam budak kecik sepanjang persembahan lagu Hit The Lights. Apabila lagu kedua iaitu Master Of Puppet dimainkan, Miqa secara automatik melompat-lompat macam gorilla dan menyanyikan lirik dengan penuh perasaan. "OBEY YOUR MASTER! MASTERRRR!" Pekik Miqa macam orang terkena sawan.
Lagu seterusnya ialah Holier Than Thou dan kemudiannya Ride The Lightning. Paling best ialah semasa persembahan lagu The Memory Remains di mana seluruh penonton sama-sama menyanyikan bridge 'Nananana... Nanana' dengan sepenuh perasaan. Ia adalah suatu suasana yang penuh dengan emosi. Bayangkan akhirnya anda berpeluang menyaksikan band yang anda puja sejak dari kecil, kini tampil di depan mata dan memainkan lagu-lagu yang sekian lama telah menjadi sebahagian dari diri anda.
Persembahan dilanjutkan dengan lagu-lagu hits seperti Cyanide, Sanitarium, Sad But True, ...And Justice For All, One, For Whom The Bells Toll, Blackened dan Nothing Else Matters. Sewaktu riff lagu Enter Sandman dimainkan, seluruh penonton macam naik gila. Rasa penat dan letih setelah terkinja-kinja selama setengah jam, hilang dan semangat baru bagaikan meresap ke dalam tubuh. "Exit Light, Enter Night. Take my hand. We're off to never-neverland!" Pergh! Memang terbaik!
Lagu seterusnya adalah dari album Ride The Lightning iaitu Creeping Death dan Fight Fire With Fire. Kedua-duanya adalah personal-favourite Miqa. BEST!
Setelah dua jam 'bertempur' dengan muzik Metallica akhirnya tibalah kami di babak penghujung. Lagu terakhir yang disampaikan pada malam itu adalah lagu yang sangat sinonim dengan Metallica. Tak lain tak bukan, Seek And Destroy. Sekalian penonton tak kira tua dan muda sama-sama menyanyikan lirik korus macam satu keluarga besar dalam majlis reunion.
Sebaik tamat persembahan konsert, masing-masing perlahan-lahan berarak keluar stadium dengan wajah lesu namun penuh kepuasan. Pengalaman paling berharga telah pun terukir di dalam jiwa untuk dikenang sampai mati dan diceritakan kepada anak cucu di kemudian hari.
Di saat semua menjangkakan persembahan telah berakhir, suatu kejutan berlaku! Metallica kembali ke pentas! Sekalian penonton tercengang dan bertempiaran kembali masuk ke dalam stadium. James Hetfield mengumumkan bahawa mereka akan menyampaikan sebuah lagu terakhir dari album terbaru mereka yang bakal dilancarkan tak lama lagi. Lagu tersebut berjudul RING!
Miqa teruja bagai nak gila. Lagu baru dari album baru? Ini sudah BAGUS!
RING!
RING!
RING!
Lagu tersebut agak pelik kerana bunyinya seakan loceng.
RING!
RING!
RING!
RRRIIIINNNNNNNNNGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!
Miqa tersedar. Jam loceng yang menjerit di sudut meja segera dimatikan.
MIMPI???
Ya, semuaya adalah mimpi belaka! Anda semua dah kena tipu! TIPU!!! BURRNNNNNNN!!!
GAHAHAHAHAHA!!!
Sekian catatan dari blog merepek ini.
Miqa







No comments:
Post a Comment