Kulit album pun nak tiru Metallica punya 'Black Album'? Grrr...
Sebaik sahaja Miqa selesai mendengar keseluruhan album ini, Miqa terfikir kenapa A7X perlu 'terjun' secara total dalam gelombang Metallica. Lima lagu pertama mambuktikan hal ini. Mereka kedengaran seakan lemas, hanyut tanpa originaliti sedangkan umum tahu yang mereka ini bukan calang-calang bakat. Tapi Miqa pasti mereka punyai alasan tersendiri terhadap perkara ini.
Selain tempo yang lebih perlahan, struktur lagu mereka lebih ringkas malah kuat pula dengan elemen komersial. Album ini juga mungkin produk mereka yang paling banyak menggunakan elemen orkestra berbanding yang lepas-lepas. Walaubagaimanapun, ini bukan bererti muzik mereka tidak bagus, cuma sedikit mengejutkan. Peminat yang sebelum ini dihidangkan dengan lagu- lagu heavy seperti Not Ready To Die dan Carry On pastinya berasa kelainan yang ketara dengan keluaran terbaru kuartet dari USA ini.
Kitorang ni dah kaya nak mampus. Sukati la nak main style camane pon.
Jika anda mengharapkan korus yang catchy, Shepherd Of Fire, Doing Time, Crimson Day dan Coming Home adalah untuk anda. Double pedal drum attack tidak banyak kedengaran. Permainan drum Arin Ilejay seakan terhimpit dalam lagu-lagu yang 'guitar-driven' seperti Hail To The King dan This Means War. Petikan gitar solo Synyster Gates pula kedengaran sederhana sahaja. Jika anda mengharapkan duel solo seperti Bat Country, Scream dan Afterlife, anda akan kecewa. Apatah lagi lagu eksperimen seperti A Little Piece Of Heaven.
Yang paling menonjol dalam album ini adalah kekuatan vokal M. Shadows. Kedengaran beliau menyanyi dengan sangat selesa dan tidak lagi perlu bergantung kepada harmoni. Ketiaadaan The Rev mungkin menyumbang kepada perkara ini. Lirik juga telah dinukilkan dengan baik jika tidak puitis.
Kesimpulannya, album ini dengan jelas 'mencabar' peminat-peminat 'ol-skool' AX7 zaman Sounding the Seventh Trumpet dan Waking The Fallen. Ia walaubagaimanapun, tetap menjanjikan keistimewaan dan kelainan yang memang seharusnya ditampilkan oleh band yang telah matang seperti mereka. Ini adalah post The Rev's - Avenged Sevenfold.
Lagu Pilihan : Doing Time dan Crimson Day
Bintang : 3.5 / 5
P/S : RIP The Rev


No comments:
Post a Comment