Jadi, adakah kita lebih baik dari Yahudi? Apa pendapat anda?
Siapakah Yahudi?
Seseorang boleh jadi Yahudi atau Bani Israel andai memiliki ciri-ciri Yahudi dari segi asal-usul, keturunan, puak dan agama. Susur galur keturunan Bani Israel dijejak sampai pada Nabi Ibrahim A.S, Nabi Ishak A.S dan Nabi Yaakob A.S. Selain memiliki epik sejarah yang sangat panjang dan menarik, Bani Israel juga adalah bangsa yang sangat ramai diturunkan padanya Nabi dan Rasul. Antaranya yang masyhur seperti Nabi Yusuf A.S, Nabi Musa A.S, Nabi Harun A.S Nabi Daud A.S, Nabi Sulaiman A.S dan Nabi Isa A.S.
Apa yang membuat Yahudi berbeza dengan bangsa lain?
Selain dari memiliki ramai Nabi dan Rasul yang lahir dari kalangan bangsa mereka, Bani Israel juga masyhur dengan sikap mereka yang luar biasa ingkar, khianat dan licik. Dalam Al-Quran banyak diceritakan kisah-kisah keingkaran Bani Israel dan hukuman yang Allah turunkan buat mereka. Sejarah moden juga banyak menceritakan bagaimana bangsa Yahudi dihukum, dipulau dan dihina (baca : holocaust) dengan kejam oleh bangsa-bangsa lain. Malah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri juga pernah menghalau orang Yahudi keluar dari Madinah kerana memungkiri janji yang telah sama-sama dipersetujui. Sejahat-jahat (masukkan bangsa di sini), jahat lagi orang Yahudi? Adakah anda setuju dengan pernyataan ini?
Bagaimana Yahudi hari ini?
Yahudi hari ini masih lagi dengan sikap buruk mereka, tamak, ingkar, khianat dan licik. Bezanya, mereka telah belajar dari pengalaman mereka pada masa silam dan kini mereka berjaya menjadi bangsa yang gah, maju, kuat, dihormati dan kaya raya. Populasi mereka di seluruh dunia hanya 18 juta, namun kekuatan, pengaruh dan monopoli yang mereka miliki sama sekali tidakkan tercapai oleh bangsa lain. Musuh-musuh mereka yang terdiri dari umat Islam yang cuba bangkit mempertahankan agama, maruah dan hak akan ditekan, dibom dan ditembak lumat, manakala orang Islam Arab yang kaya raya pula sujud pada kuasa mereka.
Namun adakah semua Yahudi itu jahat? Sudah tentu tidak. Bahkan bangsa Yahudi lebih banyak menyumbang kepakaran mereka dalam bidang sains, ekonomi, perubatan, kesusasteraan, dan keamanan kepada dunia berbanding bangsa-bangsa lain. Dan fakta ini disokong oleh jumlah penerima Nobel Prize, di mana 20% pemerimanya adalah dari kalangan bangsa Yahudi. Ini adalah suatu jumlah yang mengagumkan memandangkan hanya 0.2% sahaja bangsa Yahudi dalam populasi dunia (1 dalam 500). Muslim? Hanya 10 orang muslim (sehingga 2012) memenangi Nobel Prize, suatu jumlah yang teramat mengecewakan. Jelas di sini sumbangan bangsa Yahudi adalah amat besar terhadap kemajuan tamadun manusia berbanding bangsa lain. Jadi, adakah kita lebih mulia dari Yahudi?
Perniagaan Milik Yahudi
Adakala kita terdengar panggilan boikot dari pihak-pihak NGO pro-Palestin dan lain-lain supaya memboikot produk-produk milik syarikat Yahudi. Saya mahu anda pejamkan mata dan senaraikan produk atau jenama yang terlintas di fikiran anda. Hasil yang saya perolehi ialah; Calvin Klein, Polo Ralph Lauren, Starbucks, Nestle, Marvel, Warner Brother, Microsoft, Google, Facebook, Levi's, Disney, Bloomberg, Citigroup. Syarikat di atas hanya segelintir sahaja dari milikan Yahudi yang menjana bertrilion-trilion dollar setiap tahun. Apakah persamaan lain antara syarikat-syarikat di atas? Mereka menjana peluang pekerjaan yang sangat banyak di seluruh dunia, dan ramai di kalangan pekerja mereka muslim! Kita mungkin tidak bersetuju dengan beberapa taktik perniagaan mereka seperti monopoli namun bayangkan berapa ramai pekerja yang mengambil manfaat dari budaya keusahawanan bangsa Yahudi ini. Syarikat Yahudi juga terkenal sebagai majikan yang baik yang mengambil berat hal ehwal kebajikan pekerja mereka. Starbucks misalnya, menawarkan insurans kesihatan percuma kepada pekerja mereka. Terdapat segelintir syarikat muslim yang menwarkan faedah dan kebajikan buat pekerja mereka, tapi adakah ini bermakna kita lebih baik dari Yahudi?
Semasa kita menghina dan memandang rendah bangsa Yahudi, hakikatnya mereka telah jauh pencapaiannya dalam segenap aspek dan pelbagai bidang meninggalkan kita terlalu jauh di belakang. Sedang negara kita berkemelut dengan isu rasuah dan salah guna kuasa yang tak sudah-sudah, mereka telah membina empayar dan merancang untuk menguasai dunia. Mengapa ini berlaku dan haruskah ini terus berlaku? Kita boleh menuding jari menyalahkan orang lain, namun masalah kita takkan selesai anda kita gagal mencari jawapan dalam diri sendiri.
Jadi, adakah kita lebih baik dari Yahudi?






No comments:
Post a Comment