Doktor yang telah memberi penerangan kepada budak lelaki itu lalu bertanya mengenai kesanggupannya untuk mendermakan darah kepada kakaknya. Budak lelaki itu pada mulanya nampak khuatir, namun setelah menghela nafas berat, dia bersetuju. "Ya, saya sanggup lakukannya demi menyelamatkan Liza," ucapnya.
Semasa proses transfusi berjalan, kami semua memerhatikan budak lelaki itu dibaringkan bersebelahan dengan katil kakaknya. Dia tersenyum. Beberapa ketika kemudian wajahnya tiba-tiba berubah jadi muram dan pucat. Dia melihat kepada doktor dan bertanya, "Adakah saya akan mati sekarang?"
Sebagai seorang budak yang belum matang, dia tersalah anggap penerangan doktor dengan menyangka yang semua darahnya akan dipindahkan kepada kakaknya dalam proses transfusi berkenaan. Dia telah bersedia untuk menggadaikan nyawanya.
"Pada hari itu saya berlajar erti keberanian."
* Dipetik dan diolah dari buku Chicken Soup for the Soul (Jack Canfield & Mark Victor Hansen)
Miqa
No comments:
Post a Comment