Friday, 31 May 2013

Jumaat Yang Sangat Annoyed!

Nama aku Miqa dan arrrgghh!!!

Aku annoyed gile solat jumaat tadi. Emosi terganggu beb! 

Malas nak cerita panjang-panjang, so aku list down-kan beberapa isu yang sangat meng-annoyed-kan itu.


Apa yang dia buat???

1. Budak yang solat sebelah aku sembahyang cara pelik. SANGAT PELIK! Mula-mula tengok macam ok, pastu aku perasan bila dia nak bangun dari sujud beliau angkat takbir. Nak sujud balik pun angkat takbir. Ingatkan dia tersasul ke ape. But no! Memang dia solat macam tu. Aku tak tau la kalau dia belajar tarekat ke ape, tapi itu memang sangat pelik dan sangat mengganggu konsentrasi aku. Argggh buat kali kedua!!!

2. Khutbah pulak buat hal! Sempena HARI KEPUTERAAN YANG DIPERTUAN AGONG, they all ada khutbah khas. Aku takde masalah lah dengan benda ni. Tapi khutbah mula start jadi annoying bila khatib baca perenggan, "SESIAPA YANG INGKAR KEPADA RAJA SAMALAH SEPERTI DIA MERUNTUHKAN AGAMA ISLAM". MERUNTUHKAH AGAMA ISLAM???  Wah! Hadith dan ayat Quran mana yang diorang rujuk ni???? Lepas tu asyik ulang-ulang perkataan tipikal seperti 'taat', 'patuh', 'akur', 'jangan bangkang', 'jangan kritik' dan lain-lain. Itu okey lagi. Lepas tu ulang-ulang pulak perkataan  'HURU-HARA' dan 'KEKACAUAN'. Apa ni? Tak perlu rasanya nak ulang-ulang perkataan tu. Apa, jahat sangat ke rakyat Malaysia ni? Khutbah lalu diakhiri dengan ayat "Taatlah kepada Allah, taatlah kepada rasul dan 'Ulul Amri" (pemimpin) di kalangan kamu. JUST AS EXPECTED... - On second thought, maybe ini semua ada kaitan dengan insiden dalam perlawanan bola sepak recently. Whateverlah...



Dengar Dr, Asri cakap apa. Para sahabat yang mulia yang telah dijanjikan syurga pun boleh dikritik...

3. Lepas habis Solat Jumaat berlaku satu lagi situasi annoying. Imam sibuk dok ajak solat sunat hajat pulak!!! Lepas-lepas habis baca doa, terus nak solat sunat hajat. Aku yang tengah solat sunat ba'diyah habis dilangkah-langkah orang yang nak penuhkan saf depan. Sampai spek mata aku pun ditendang & dipijak orang. CHEESE KEK! Nasib baik tak patah! Pendapat aku, bagilah peluang orang solat sunat ba'diyah dulu. Tak perlu rasanya nak kelam-kabut buat direct lepas Jumaat. My speculation is, Imam ni dah dibayar oleh keluarga si polan untuk buatkan solat hajat selepas Jumaat. So, depa ni pulun la buat solat sunat hajat, tak peduli dah orang nak solat sunat ba'diyah. Sedangkan solat sunat ba'diyah tu kan lebih afdhal? ISH!!! - But that's only my speculation.

Fuh, akhirnya jadi cerita panjang jugak. Kalau korang nak tau kat mana benda ni berlaku, inilah MASJID AMRU AL 'AS, Bandar Baru Sentul. Masjid yang sangat famous dengan kes SUMPAH-SUMPAH!


Saya sumpah awak jadi mikrofon. TADA!

Sekian,

Miqa.

P/S : Apa cerita kat masjid korang?

No comments:

Post a Comment