WARNING : THIS REVIEW CONTAIN SPOILER
Honestly, expectation aku untuk filem ni agak tinggi. First sebab ade my FAV actor, Jesse Eisenberg selain pelakon-pelakon OTAI seperti Michael Caine dan Morgan Freeman. Second sebab trailer filem ni yang agak gempak. So, aku memang mengharapkan 'something magical' dari filem ni.
Ok, pembukaan cerita agak bagus, dengan menceritakan latar belakang THE FOUR HORSEMAN. Part ni dalam trailer pun boleh tengok. Kemudian plot berkembang dengan persembahan magik ala David Copperfield. Klimaks show, duit jatuh bertabur merata-rata. Part diorang ditahan dan disoal siasat is one of my favorite part dalam filem ni.
Kemudian, lagi magic show. Pengkhianatan berlaku apabila duit dalam akaun bank tokey syarikat insuran (Michael Caine) disedut masuk ke dalam akaun penonton. Haha. Tengok part ni, teringat Oprah punya talk-show. Plot diteruskan dengan babak kejar mengejar yang tak berapa penting rasanya.
Lepas tu korang mula akan rasa filem ni bukanlah filem pencuri ala Robin Hood semata-mata. Ade terselit adegan romantis pegawai FBI dan pegawai Interpol yang sangat meng-SPOIL-kan perjalanan cerita. Watak utama mula beralih dari THE FOUR HORSEMAN kepada pegawai FBI merangkap ahli The Avenger (HULK).
Magic show terakhir agak kelam kabut. Babak duit bertabur dan melayang merata-rata diulang. Tapi macam biasa, THE FOUR HORSEMAN berjaya melarikan diri dari polis, FBI dan segala. Boleh lepak dekat NY Times Square pulak lagi, macam takde apa.
Morgan Freeman ditahan di lokap dan disoal siasat oleh HULK. Dan berlakulah PLOT TWIST!
Ketika inilah korang rasa diperBANGANGkan oleh plot twist. They use it too much it become absurd! SPOIL the good movie! Woi, tak payahlah buat magic-trick gile kentang bagai kalau last-last lu nak PUSING CERITA. Grrrr...
Oklah. Apapun aku puas dapat tengok Jesse Eisenberg berlakon sebagai magician. Babak pertemuan semula Columbus dan Tallahassee (ZOMBIELAND) is a special moment for me. Hopefully they make Zombieland 2. Hopefully...
Bintang? Aku bagi 2.5 / 5. Cukuplah tu.
Thanks.
Miqa.
P/S : So, apa opinion korang untuk filem NOW YOU SEE ME?



No comments:
Post a Comment