Yes. Aku sangat nakal semasa di sekolah.
Gambar awek cun ni tiada kena-mengena dengan cerita. Hanya sebagai pelaris sahaja. Harap maklong.
Salah seorang best friend aku ialah Syafiq Haziq. Dia ni loser, sama macam aku. Kenal dia semasa di sekolah menengah agama Maahad Tarbiyah Islamiyah, Trong, Changkat Jering. Masa tu form 1. We become best friend dan sama-sama bentuk kumpulan kecil. Kumpulan aku ni bukan buat ape pun. Sekadar geng lepak-lepak je. Ahli-ahlinya terdiri daripada budak-budak loser dan comot. Tapi kitorang pernah buat PLAN besar untuk menakluk dunia. Tapi dibatalkan sebab terlalu bodoh bunyinya.
Kebetulan, ramai pulak budak-budak asrama yang memohon nak join geng kitorang, sampai aku terpaksa limit-kan penyertaan. Haha. Ketuanya? AKUlah. Semua plan bodoh-bodoh, semua aku yang rancang.
So, berbalik pada Syafiq Haziq dan aku. Macam best friend - best friend yang lain, kitorang memang rapat. Macam adik beradik dah. We get so close that we re-arranged our bed so we can sleep next to each other.
Satu petang, aku balik dari kelas dan sampai di asrama, aku tak nampak Syafiq Haziq. Aku cari dia merata-rata tapi tak jumpa. Aku tanya member lain, diorang cakap Syafiq dah balik. Bapak dia datang jemput kat kelas. Aku tak tau sebab kelas kitorang lain-lain. Aku tak percaya sebab aku tengok beg baju Syafiq masih ada kat katil dia.
Aku tunggu Syafiq. Aku tunggu dia sampai malam tapi dia tak balik-balik. Aku bangun pagi esoknya, Syafiq masih tak ada. Aku terus tunggu. Dua hari. Tiga hari. Seminggu.
Aku cuba call nombor telefon yang Syafiq bagi. Tak ada orang jawab. Aku cuba dan cuba call sampai dah tak larat, tak pernah ada orang angkat. Dulu pakai public phone je. Duit pun bukan ade sangat nak sumbat.
Aku terus tunggu dan tunggu. Sebulan. Dua bulan. Syafiq tak muncul-muncul. Bila aku teringat dekat Syafiq, aku renung beg pakaian dia yang diletak di sudut katil...
Suatu petang yang lain, bila aku balik dari kelas aku tengok beg pakaian Syafiq tak ada di tempat biasa. Aku cemas. Member-member lain bagitau yang Syafiq dan bapaknya datang amik beg tu dan terus blah. Syafiq dikatakan dah bersekolah di tempat lain.
That's the last thing I heard of him. He left without notice, without goodbye.
Woi Syafiq. Lu nak blah lu bagitaulah! Siyot!!!! Ni tau-tau dah hilang! Apapun aku harap ko bahagia. NO! Aku harap ko kene gelek dengan STEAMROLLER forever! Gahahahahaha! Ok. Seriously, aku harap ko happy. You always be my best friends. And I hate you!
Manly tear shed...
Miqa
P/S : Apa pengalaman korang dengan best friend? Kongsilah skit!

No comments:
Post a Comment